Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 20 Mei 2012

MENGHAPUSKAN TINGKAH LAKU YANG TIDAK DIINGINI


Kaedah Pelenyapan/Pelupusan/ Extinction
  • Semasa penggunaan teknik ini , ia tidak melibatkan sebarang tindakan atau tingkah laku apabila wujud suatu tingkah laku yang tidak diingini didalam situasi tertentu terapis tidak akan bertindak balas (tiada tindakan oleh terapis) akibatnya tingkah laku itu tidak akan berulang.
  • Contohnya seorang kanak-kanak dalam bilik bersama ibu bapanya. Kanak-kanak akan membuat bising. Ibu bapa tidak memperdulikan tindakan kanak-kanak tersebut. Lama kelamaan tingkah laku kanak-kanak tadi akan berhenti dengan sendirinya kerana tidak diberi perhatian oleh ibu bapa.
  • Contoh situasi sekolah – terdapat pelajar yang membuat bising. Guru memberi perhatian kepada pelajar yang tidak membuat bising. Pelajar yang membuat bising akan sedar dan akan mengurangkan tingkah laku bising dan lama kelamaan akan pupus.
  • Kaedah pelupusan mudah digunakan – bukan hanya oleh pakar tetapi oleh orang biasa untuk melenyapkan/melupuskan tingkah laku yang tidak diingini.
Faktor Yang Mempengaruhi Pelupusan/Pelenyapan
  1. Sesuai digunakan dengan teknik peneguhan .
  2. Berkesan andainya mendapat kerjasama dari pihak lain . Contohnya ibu bapa, guru dan rakan sebaya.
  3. Terapis harus melihat keadaan persekitaran dimana tingkah laku ini berlaku- harus melihat kenapa terjadi tingkah laku yang tidak diingini itu.
  4. Harus mengenalpasti tingkah laku tidak diingini dan ingin ditinggalkan oleh individu tersebut.
Kegagalan disebabkan
  1. Tingkah laku yang tidak diingini itu kadangkala mendapat peneguhan daripada individu lain.
  2. Terapis juga harus melihat t/laku alternatif selepas pelupusan agar tingkah laku itu dapat diteguhkan.
Kaedah Dendaan/Hukuman
  • Dalam situasi dimana suatu tingkah laku yang tidak diingini berlaku, tindakan akan diambil serta merta akibatnya tingkah laku yang tidak diingini ini tidak akan berlaku lagi.
  • Dendaan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu;
  1. dendaan fizikal
  2. dendaan verbal
  1. dendaan fizikal – melibatkan semua jenis dendaan aversif (tindakan negatif)
  2. dendaan verbal - berleter, mengeluarkan perkataan yang memberi kesan negatif.
  • Dendaan boleh digunakan dikalangan kanak2 apabila melakukan tingkah laku tidak diingini seprti bermain api – pukul tangan.
  • Dendaan fizikal harus digunakan dengan berhati-hati kerana ia mendatangkan kesan emosi yang negatif kepada kanak-kanak.
  • Dendaan verbal pula memberi kesan negatif kepada penerima contohnya mengungkit kisah lalu.
  • Dendaan digunakan dengan cara yang lebih positif supaya penerima tidak akan menerima kesannya.
Kaedah Pembetulan Keterlaluan
  • Merupakan kaedah mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini disamping melatih tingkah laku yang tidak sesuai.
Dibahagikan kepada 3 jenis.
Pengembalian pembetulan keterlaluan
  • memerlukan individu/kumpulan individu yang melakukan tingkah laku yang tidak diingini mengubah tingkah laku tersebut serta mengembalikan pada suasana yang asal.
  • Contohnya kanak-kanak membuang sampah merata-rata, terapis akan menyuruh kanak-kanak itu mengutip sampah semula disamping itu terapis juga meminta kanak-kanak itu mengutip sampah yang lain dan menyapu sampah.
  • Bertujuan bukan hanya mengubah tingkah laku yang tidak diingini tetapi juga memberi pengajaran kepada individu tadi bahawa tingkah laku yang tidak diingini tadi ada kaitannya dengan situasi tertentu.
Amalan pembetulan keterlaluan positif
  • memerlukan individu melakukan tingkah laku yang tidak diingini dengan teratur atau melalui tahap-tahap tertentu.
  • Contohnya murid berebut2 untuk membuat barisan pada masa rehat. Tingkah laku berebut-rebut tidak disukai oleh guru. Oleh itu guru meminta murid-murid balik ke kelas dan mengulang semula tingkah laku berbaris itu dengan lebih teratur.
  • Semasa menjalankan kaedah ini terapis harus memberitahu tujuan menggunakan kaedah tersebut. Terapis juga perlu memberitahu klien tingkah laku yang tidak diingini disamping menunjukkan tingkah laku yang sesuai.
Amalan pembetulan keterlaluan secara negatif.
  • memerlukan individu atau sekumpulan individu melakukan tingkah laku yang tidak diingini itu berkali-kali sehingga menimbulkan kejemuan. Berdasarkan kaedah ini diharapkan individu akan merasa letih dan bosan melakukan sesuatu yang tidak diingini itu. Sesuai juga digunakan oleh guru dalam persekitaran sekolah dan kanak-kanak.
  • Contohnya kanak-kanak tidak duduk diam- guru menyuruh kanak-kanak tersebut duduk berdiri selama beberapa kali sehingga murid tidak membuat tingkah laku itu lagi.
  • Ianya berbeza dengan amalan positif kerana dalam amalan negatif tingkah laku yang tidak diingini itu akan diulang berkali-kali, manakala amalan positif pula mengulang tingkah laku yang diingini.
  • Amalan negatif ini tidak begitu sesuai dilakukan pada persekitaran organisasi. Tidak sesuai bagi mereka yang lebih dewasa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan