Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 20 Mei 2012

MEMBENTUK TINGKAH LAKU BARU


MEMBENTUK TINGKAH LAKU BARU
  1. Shaping/ Pembentukan
  • Merupakan kaedah yang digunakan bagi tujuan membentuk tingkah laku yang belum dilakukan oleh individu tertentu.
  • Shaping /pembentukan boleh didefinisikan sebagai pembentukan satu tingkah laku baru terhasil daripada peneguhan apabila melakukan satu tingkah laku yang hampir sama dengan tingkah laku yang dikehendaki.
  • Shaping juga dikatakan sebagai suatu tingkah laku jangkaan silih gantian yang mana apa bila suatu peringkat itu dicapai peneguhan akan diberikan sehingga individu itu mencapai tingkah laku yang diingini.
  • Contohnya ibu mengajar anak bercakap bayi menyebut "daa" "maa" – diberi peneguhan seperti cium , peluk, dsb, sehingga lah bayi tadi dapat menyebut "mommy" "daddy".
Perkara yang perlu diingat semasa menggunakan Teknik Shaping
  1. kenal pasti apakah tingkah laku yang sebenarnya yang ingin dijadikan tingkah laku dikehendaki.
  2. Apakah tingkah laku yang terawal sekali yang dilakukan oleh individu tersebut supaya peneguhan yang sesuai akan diberikan.
  3. Pemilihan tahap-tahap harus sesuai pada individu tersebut dan langkah-langkah itu tidak terlalu panjang. Kalau terlalu banyak langkah – akan dilupai oleh individu tersebut.
  4. Jangkamasa yang sesuai juga patut diberikan pada setiap langkah dan disamping itu kita juga tidak terlalu cepat dari satu tahap ke tahap seterusnya.
  • Shaping sebenarnya satu teknik yang biasa digunakan oleh kita dalam kehidupan seharian tanpa disedari. Contohnya mula belajar menari, memandu, menunggang basikal dan sebagainya.
  • Kelemahan teknik ini adalah suatu tingkah laku yang dikehendaki pada permulaannya akan menjadi satu tingkah laku yang tak dikehendaki sekiranya kita membuat kesilapan semasa menggunakan teknik ini.


2. Fading/ Pelunturan
  • Bermaksud pengurangan rangsangan secara beransur-ansur supaya gerakbalas yang berlaku akan wujud berdasarkan pengurangan rangsangan tadi.
  • Boleh digunakan secara lisan atau pun tunjuk ajar.
  • Contohnya dalam melukis bulatan
  1. Pegang tangan anak kuat-kuat (rangsangan 1)
  2. Kurangkan tekanan sehingga langkah terakhir- pegang tangan secara perlahan sehingga anak dapat melukis bulatan.
  • Pengurangan rangsangan secara lisan – Contohnya inginkan anak menyebut namanya . Mula –mula tanya siapa nama anda? Diikuti dengan jawapan seperti Ali. Ini akan diulang sehingga anak tadi dapat menyebut namanya. Oleh langkah seterusnya adalah hanya menyoal soalan sahaja iaitu siapa nama anda?
Langkah yang perlu diingat semasa menggunakan kaedah ini
  1. Perlu mengenalpasti rangsangan yang mengawal suatu tingkah laku yang diingini.
  2. Rangsangan yang digunakan hendaklah sesuai bagi individu tertentu dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada inidvidu tersebut.
  3. Memerlukan beberapa tahap yang sesuai bagi membolehkan inidvidu mencapai tingkah laku yang baru tetapi apa yang membezakan adalah peneguhan hanya akan diberikan apabila tingkah laku yang diingini itu tercapai.
Perbezaan antara Shaping dan Fading
Shaping – perubahan kepada respon tetapi rangsangan masih sama.
Fading – Perubahan kepada rangsangan tetapi respon masih sama.
3. Chaining (Perantaian)
  • Kaedah perantaian memerlukan rantaian diantara rangsangan dan gerakbalas ( S – R). Dengan kata lain suatu rangsangan itu akan mengakibatkan gerakbalas dan gerakbalas itu pula akan mewujudkan rangsangan yang berikutnya dan rangsangan itu pula akan mengakibatkan gerakbalas yang baru. Proses ini akan berulang sehingga suatu tingkah laku terminal( dikehendaki) akan dicapai.
  • Kaedah perantaian dibahagikan kepada 3 jenis
  1. Persembahan tugasan secara menyeluruh
  2. Backward chaining (perantaian kebelakang)
  3. Perantaian kehadapan
  1. Persembahan tugasan secara menyeluruh contohnya mengajar anak mengikat tali kasut. Tunjuk kesemua langkah dan selepas itu suruh anak membuat semula. Kaedah ini tidak sesuai untuk orang cacat.
  2. Menggunakan langkah terakhir dahulu dimahirkan oleh individu sebelum langkah-langkah yang sebelumnya. Memahirkan setiap langkah dari langkah terakhir.
  3. Individu akan dimahirkan dengan langkah pertama dahulu selepas itu langkah kedua sehingga mencapai tingkah laku yang dikehendaki.
Di antara ketiga-tiga kaedah perantaian ini, ii dan iii sesuai digunakan dikalangan orang biasa dan orang cacat. Manakala kaedah yang pertama hanya sesuai bagi individu yang matang/ yang lebih memahami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan