Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 20 Mei 2012

KEMAHIRAN ASAS MODIFIKASI TINGKAH LAKU


KEMAHIRAN ASAS MODIFIKASI TINGKAH LAKU
Tujuan peneguhan adalah supaya suatu tingkah laku berlaku dengan lebih kerap. Terbahagi kepada peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif
Definisi – Suatu rangsangan yang meningkatkan kekerapan berlakunya gerak balas yang terdapat selepas itu.
Peneguhan positif merupakan sesuatu yang telah berlaku dimana ianya diberi selepas sesuatu peristiwa dan akibatnya tingkah laku tersebut akan meningkat kekerapannya.
Peneguhan positif juga boleh dianggap sebagai suatu ganjaran. Dengan kata lain peneguhan positif merujuk kepada hubungan di antara tingkah laku dan akibatnya. Contohnya
 Situasi Response t/l akibatnya kesan
(stimulasi) (gerak balas) (peneguhan) (T/l erulang)
Contoh:
Situasi
Respon
Kesan semerta (akibat)
Kesan jangkapanjang
Dalam kelas – guru beri kerja sekolah
Ali membuat kerja tadi dengan baik
Guru memuji Ali dihadapan kelas
Ali selalu menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh guru.

JENIS –JENIS PENEGUHAN POSITIF
 Peneguhan positif boleh dibahagikan kepada 5 kategori
  1. Boleh dimakan (consumable) – gula-gula, biskut, buah-buahan, makanan, minuman.
  2. Aktiviti – seperti menonton tv, membaca buku cerita.
  3. Manipulasi – peluang bermain dengan barang permainan yang diminati, melukis.
  4. Pemilikan (possessional) – duduk ditempat yang disukai, memakai baju yang digemari dan memilik bilik sendiri.
  5. Sosial – ekspresi muka seperti senyum, mengangguk; pujian, sentuhan dsb.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PENEGUHAN POSITIF.
  1. memilih tingkah laku yang hendak ditingkatkan kekerapannya. Pilih tingkah laku yang spesifik bukan tingkah laku umum.
  2. Memilih peneguh yang sesuai kepada setiap individu dan situasi. Setiap individu , situasi memerlukan peneguhan yang berbeza. Contohnya kanak-kanak lebih suka makanan seperti gula-gula, biskut dsb. Pekerja lebih suka kenaikan pangkat dan gaji.
  3. Kejemuan – merujuk kepada masa dan jenis pemberian peneguh. Contohnya sering beri gula-gula, individu akan merasa jemu , oleh itu ubah kepada peneguh lain.
  4. Pemberian peneguhan mesti diberikan sertamerta sejurus selepas individu melakukan tingkahlaku.
  5. Penerangan – penerangan yang jelas bagi mendapatkan tingkah laku yang diingini hendaklah diberi dengan jelas dan tepat.


KEBURUKAN /KELEMAHAN PENEGUHAN POSITIF
  • kadangkala peneguhan positif akan meneguhkan tingkahlaku yang tidak dikehendaki.
Contohnya.
Situasi
Response
Akibat /kesan semerta
Kesan jangkapanjang
Ibu sedang bersiap-siap pergi ke kedai
Anak menangis kerana ingin mengikuti maknya ke kedai
Ibu membawa anak tadi pergi kekedai.
Pada masa akan datang anak akan menangis apabila melihat maknya bersiap hendak ke kedai.

PENEGUHAN NEGATIF 
Sering disamakan dengan denda. Namun ia berbeza dengan denda.
Peneguhan negatif bermakna menghapuskan suatu rangsangan yang aversif serta menyakitkan, ia akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya sesuatu tingkah laku. Contohnya : Ibu membebel kepada A kerana A tidak membersihkan biliknya. Untuk Mengurangkan bebelan ibunya A membersihkan biliknya.

MEMBENTUK TINGKAH LAKU YANG DIKEHENDAKI MENGGUNAKAN PELAZIMAN LEPAS DIRI (ESCAPE CONDITIONING) DAN PELAZIMAN PENGELAKAN (AVOIDANCE CONDITIONG)
  • Kebanyakan tingkah laku kita dipengaruhi pelaziman lepas diri dan pengelakan.
1. Pelaziman Lepas Diri
    • Pelaziman lepas diri adalah satu teknik dimana melepaskan diri daripada suatu rangsangan aversif.
    • Rangsangan aversif berlaku dahulu menyebabkan response akan terjadi untuk melepaskan diri daripada rangsangan aversif tersebut. 
Contohnya.

Situasi Aversif
Response Lepas Diri
Penyingkiran Situasi/Rangsangan Aversif
Kesan Jangka Panjang
Kesejukan di bilik kuliah
Memakai baju tebal untuk lepas diri dari cuaca sejuk
Tidak merasa sejuk lagi
Pada masa akan datang akan memakai baju tebal apabila berada di kuliah.
Cahaya matahari amat panas
Memakai payung untuk lepas diri dari cahaya matahari
Tidak merasa panas
Pada masa akan datang akan memakai payung apabila cahaya matahari terik.

  • PLD juga dikenali sebagai peneguhan negatif- dalam peneguhan negatif, tingkah laku diperkuatkan dengan menghilangkan/singkir rangsangan atau peristiwa aversif.
  • PLD sama seperti denda (punishment) - kedua-duanya menggunakan peristiwa aversif (yg tidak disukai) - dalam denda peristiwa aversif diberikan (eg-rotan) selepas tindakbalas, manakala dalam PLD, peristiwa aversif (eg.sejuk) disingkirkan selepas tindakbalas.
  • Kesannya berbeza - denda membawa kepada pengurangan tingkah laku (tidak buat nakal lagi), manakala dalam PLD, membawa kepada meningkatnya dalam tindakbalas sasaran (lagi kerap memakai baju sejuk)- menguatkan tindakbalas.
  • PLD berbeza daripada peneguhan positif (PP) : Perbezaan dalam prosedur
i. Dalam PLD, rangsangan aversif (rasa sejuk) wujud sebelum tindak balas dilazimkan (pakai baju sejuk), manakala dalam PP peneguh tidak wujud sebelum tindakbalas berlaku (tidak beri hadiah selagi tidak buat kerja).
ii. Dalam PLD, rangsangan disingkirkan bergantung kepada tindakbalas sasaran (bila badan rasa sejuk, dihilangkan dengan memakai baju tebal), manakala dalam PP, rangsangan diberi bergantung kepada tindakbalas (hadiah diberi bergantung kepada kerja yang dibuat) 
* Kesannya sama: kedua-dua prosedur meningkatkan tindakbalas sasaran.
  1. Pelaziman Pengelakan (PPL)
    • Pelaziman pengelakan adalah satu teknik untuk mengelakkan suatu rangsangan aversif daripada berlaku.
    • Perbezaan antara PLD dan PPL: Dlm PPL
a. rangsangan aversif (rasa sejuk) tidak wujud sebelum berlakunya tindakbalas (pakai baju tebal)
b. tindakbalas menghalang/menunda rangsangan aversif .
  • PPL biasanya ada amaran berjaga-jaga (warning signal), sedangkan PLD tidak ada.





Contoh:
Situasi
Rangsangan amaran
Tindakbalas pengelakan
Kesan
Mendapat bil elektrik
Jika tidak bayar, bekalan akan diputuskan
Bayar Bil elektrik sebelum tarikh akhir pembayaran
Akan sentiasa membayar bil lebih awal pada masa akan datang
Memandu kereta
Jika tidak memakai talipinggang kaledar akan disaman oleh JPJ
Memakai tali pinggang kaledar untuk mengelak daripada disaman oleh JPJ
Akan memakai talipinggang kaledar setiap kali memandu.

    • Perbezaan di antara Pelaziman Lepas Diri dan Pelaziman Pengelakan adalah
    • Pelaziman Lepas Diri - Rangsangan aversif telah berlaku menyebakan response lepas diri akan berlaku.
    • Pelaziman Pengelakan - Rangsangan aversif belum berlaku- Response adalah untuk mengelakkan rangsangan aversif itu daripada berlaku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan