Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 20 Mei 2012

KONSEP ASAS ANALISIS TINGKAH LAKU


KONSEP ASAS ANALISIS TINGKAH LAKU
  • Analisis tingkah laku membuat penekanan ke atas alam sekitar atau situasi. Dengan mengubah alam sekitar/situasi, tingkah laku boleh diubah.
  • Di kenali sebagai Analisis Fungsian
  • Terdapat 2 faktor utama dalam alam sekitar yang memberi kesan ke atas tingkah laku seseorang.
  1. Sebelum (Antecedents) - A
  2. Akibat (Consequences) - C



A B C
A - Sebelum
B - Tingkah Laku
C - Akibat
  • A mengerakkan /mengaktifkan B, untuk ubah A dan C, dan baru lah boleh ubah B
  • A (antecedents) - perkara yang berlaku sebelum tingkah laku seperti pertanyaan, arahan, peraturan, permintaan dan sebagainya
  • Tingkah laku (behavior) (B) - apa sahaja yang seseorang kata/ buat
  • Akibat /Consequences (C) - perkara yang berlaku selepas tingkah laku.
Contohnya diberikan peneguhan positif


A B C +


Peneguhan positif (C+) adalah peristiwa/ sesuatu yang dibuat selepas tindakbalas dilakukan dan akan meningkatkan kekerapan tingkah laku yang dilakukan seterusnya.

MENGENDALIKAN ANALISIS A-B-C
Untuk mengendalikan analisis A-B-C, perlu menanyakan 4 soalan
  1. Apakah tingkah laku seseorang itu bertindakbalas- apa yang mereka lakukan?
  2. Apakah peristiwa sebelum tingkah laku berlaku?
  3. Apakah peristiwa sebaik-baik sahaja selepas tingkah laku?
  4. Adakah tindakbalas atau akah tingkah laku itu bertambah atau berkurangan.
MODIFIKASI TINGKAH LAKU
Merupakan 1 kaedah /teknik yang boleh digunakan bagi tujuan berikut:
  • Mengatasi tingkah laku yang dianggap berlebihan.
  • Mengatasi tingkah laku yang tidak diingini langsung
  • Membentuk tingkah laku yang baru seperti bagaimana mengajar anak rajin membaca buku.
  • Mengekalkan tingkah laku yang diingini
  • Mengubahkan sesuatu yang tidak diingini.
KENAPA MENGGUNAKAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU
  • Digunakan kerana wujud tingkah laku yang kadangkalanya boleh diterima oleh individu tetapi tidak boleh diterima oleh individu lain. Kadangkala juga tingkah laku hanya sesuai pada suatu situasi tetapi tidak sesuai pada situasi lain.
PERINGKAT/TAHAP-TAHAP MENJALANKAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU
  • Perancangan- Apakah teknik yang paling sesuai untuk tingkah laku tersebut.
    • Melihat tingkah laku sebenar yang menjadi masalah.
  • Pemerhatian –Beberapa kali.
  • Untuk pastikan berapa kerap tingkah laku yang tidak dingini itu berlaku, ahli psikologi kadangkala memerlukan bantuan orang lain. Contohnya ibu bapa , guru, rakan sebaya, penyelia.
  • Tindakan seterusnya adalah menyesuaikan teknik-teknik yang sesuai bagi tingkah laku tersebut
DALAM PERANCANGAN ASAS MELIBATKAN 3 LANGKAH
  1. PERINGKAT PERTAMA - baseline/ garis dasar
  2. PERINGKAT RAWATAN – intervensi : kemahiran / teknik modifikasi tingkah laku yang difikirkan sesuai digunakan untuk mencapai tujuan garis dasar/ apakah teknik yang sesuai untuk mengubah tingkah laku tersebut.
  3. PERINGKAT PEMERHATIAN - follow up / pemerhatian semula terhadap tingkah laku yang diberi rawatan/teknik tadi.
Biasanya perancangan asas di tulis dalam bentuk
A B A
Garis dasar- rawatan- pemerhatian
GARIS DASAR
  • Seorang terapis terlebih dahulu mengenalpasti bagaimana corak tingkah laku yang diubah/ dikekalkan itu berlaku.
  • Contohnya kekerapan suatu tingkah laku itu berlaku, masa tingkah laku itu berlaku dan bagaimana keadaan sekeliling semasa tingkah laku itu berlaku.
  • Contohnya untuk mengubah tingkah laku panas baran – lihat kekerapan, bila berlaku dan keadaan sekeliling.
PERINGKAT RAWATAN/ INTERVENTION
  • Apakah intervensi yang paling sesuai bagi mengawal tingkah laku yang tidak diingini itu. / mengekalkan tingkah laku atau mengubah tingkah laku.
  • Semasa data dipungut untuk tentukan baseline –data itu mestilah dibuat dengan betul kerana data ini akan dijadikan sebagai suatu data perbandingan bagi menentukan suatu program itu berjaya atau tidak.
  • Contohnya kekerapan - 10 kali
A B A
Rawatan
  • Andainya suatu tingkah laku yang ingin diubah itu telah berjaya- terapis telah memilih teknik yang sesuai bagi tujuan tersebut.
REKABENTUK KAJIAN
Kajian single subject/intrasubject design
  1. Rekabentuk asas - ABA
  2. Rekabentuk kebalikan (ABAB)
  • Tujuannya untuk melihat keberkesanan penggunaan sesuatu rawatan /teknik dan kemungkinan juga rawatan yang lain akan digunakan pada peringkat berikutnya.


  1. Rekabentuk pelbagai garis dasar.
Meliputi 3 bahagian
  • Pelbagai garis dasar merentasi tingkah laku
  • Pelbagai garis dasar merentasi situasi
  • Pelbagai garis dasar merentasi individu
KENAPA
  • Baseline/ garis dasar melebihi daripada satu diambil berdasarkan individu yang berbeza ataupun garis dasar itu berdasarkan tingkah laku yang berbeza.
  • Manakala bagi jenis tingkah laku pula kemungkinan garis dasar itu berdasarkan lebih daripada 1 tingkah laku yang menjadi sasaran.
  1. Pelbagai garis dasar merentasi tingkah laku
  • Di bawah rekabentuk ini 1 atau lebih tingkah laku yang terlibat ke atas seorang subjek. Contohnya mengubah tingkah laku kanak-kanak itu bangun dengan baik dan bercakap dengan betul. Dengan kata lain tingkah laku sasaran ialah kanak-kanak itu bangun dengan baik dan bercakap dengan betul.
  • Berdasarkan kaedah ini, treatment (intervensi) boleh dilakukan secara serentak bagi kedua-dua tingkah laku atau secara berasingan.
2. Pelbagai garis dasar merentasi situasi
  • Di dalam rekabentuk ini, treatment/intervensi digunakan ke atas 1 tingkah laku yang berlaku dalam berbagai situasi.
3. Pelbagai garis dasar merentasi individu
  • Di dalam rekabentuk ini, 2 atau lebih daripada seorang subjek yang terlibat dalam 1 corak tingkah laku.
  • Biasanaya jika seorang terapis merasakan rekabentuk ABA dan ABAB tidak sesuai, mereka akan menggunakan rekabentuk pelbagai.
Groub –Based Research
  • Membandingkan tindak balas average kumpulan yang besar kepada beberapa keadaan yang berbeza.
  • Lebih general dan tidak menunjukkan t/laku yang tepat setiap individu dalam kumpulan tersebut. Terdapat 2 jenis:-
  • Between subject design – menilai kesan beberapa keadaan (p/ubah bebas) kepada t/laku (p/u terikat) kepada beberapa kumpulan kajian.
  • Within – subject design – menilai kesan beberapa keadaan kepada tingkah laku kumpulan kajian.
  • Quasi-experiment – sama dengan kajian experimen tetapi subjek tidak dipilih secara rawak kepada kumpulan. Di gunakan dalam seting gunaan(applied setting)
FAKTOR PENTING MENENTUKAN PERANCANGAN REKA BENTUK
  1. Pengubah tingkah laku mesti memastikan tingkah laku yang menjadi sasaran dengan tepat dan jelas dan semua tingkah laku sasaran ini hendaklah diberi penerangan dengan terperinci kenapa ia menjadi tingkah laku bermasalah dan bagaimana tingkah laku yang sesuai itu diingini.
  2. Semasa menjalankan setiap rekabentuk itu, pastikan mendapat kerjasama dari pada individu lain yang boleh membantu terapis menjalankan program dengan berjaya.
  3. Pengubah tingkah laku juga harus memastikan sama ada tingkah laku yang menjadi sasaran itu hendak dikurangkan atau ditingkatkan atau ingin membentuk suatu tingkah laku lain.
  4. Andainya terapis ingin meningkatkan tingkah laku, beliau harus memikirkan apakah kaedah2 yang sesuai yang boleh dilaksanakan berdasarkan individu dan tingkah laku sasaran.
  5. Terapis juga harus memastikan jangka masa yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku itu berubah.
  6. Terapis juga boleh memikirkan teknik2 pintas yang lebih mudah dan senang dilakukan sebelum sesuatu kaedah yang lebih sesuai dan kompleks digunakan.
  7. Sebagai seorang terapis, andainya sesuatu perancangan rekabentuk itu tidak berjaya, pertukaran kepada rekabentuk lain boleh dilakukan dengan mengambil kira jangka masa yang sesuai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan