Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 20 Mei 2012

Mengurangkan Kekerapan tingkah laku yang tidak dikehendaki.


Time Out
    • Time out adalah satu teknik dimana subjek diasingkan daripada situasi yang menyebabkan tingkah laku yang tidak kehendaki berlaku.
    • Teknik ini berbeza dengan teknik pelupusan sebab prinsip teknik pelupusan tidak mengasingkan klien, tetapi setiap kali melakukan tingkah laku yang tidak dikendaki, psikologis tidak memberi apa-apa bentuk peneguhan sama ada positif atau negatif.
    • Contohnya apabila pekerja merasa bosan bekerja pada waktu petang menyebabkan prestasinya menurun, majikan boleh menukarkan jadual bekerjanya pada waktu pagi sahaja.
Beberapa kaedah yang mudah dan cepat untuk mewujudkan bentuk kawalan terhadap tingkah laku yang tidak diingini/membentuk t/laku baru.
  • Sasaran mungkin individu dan juga kepada kelompok.
  • Dikenali sebagai Behavioral Skills Training Procedures. Komponennya adalah :-
  1. Pemodelan (modeling)
  2. Arahan
  3. Rehearsal
  4. Feedback (Maklum balas)
MODELING
    • Modeling adalah satu teknik di mana terapis akan memberikan sampel ( contoh) tingkah laku kepada individu dengan harapan individu tersebut akan bertingkah laku sedemikian.
    • Teknik ini berdasarkan kepada prinsip pembelajaran melalui peniruan atau contoh. Psikologis akan menunjukkan contoh tingkah laku yang dikehendaki, kemudian klien akan melakukannya. Kejayaan klien melakukan akan diberi ganjaran.
    • Contohnya adalah dalam situasi kerja, untuk mengelakkan pekerja datang lambat ke pejabat, majikan akan datang awal dengan harapan pekerja akan mengikut tingkah laku majikan untuk datang awal.
ARAHAN
  • Arahan merupakan satu perlakuan lisan atau penulisan, dengan tujuan mengawal suatu tingkah laku yang dingini atau membentuk tingkah laku yang baru.
  • Arahan juga merupakan suatu cara tradisi yang mudah dilakukan. Contohnya seorang guru mahu semua murid dalam kelas diam - beri arahan "jangan bising".
  • Tujuan arahan berbentuk tulisan ialah supaya individu/kumpulan sasaran memahami tempat-tempat tertentu. Contohnya tempat2 yang bahaya di tulis arahan "danger".
  • Kadangkala arahan juga digunakan untuk membentuk tingkah laku yang baru seperti "berjalan perlahan-lahan".
Bagaimana arahan boleh dilakukan dengan berkesan
  • Arahan berbentuk tulisan perlulah ringkas, mudah difahami - sekiranya penggunaan tulisan panjang dan sukar difahami, ia tidak akan mencapai matlamat.
  • Biasanya hanya menggunakan beberapa patah perkataan tetapi membawa maksud yang mendalam.
  • Arahan boleh dikemukakan dalam bentuk tulisan , gambar atau lisan.
  • Arahan bertulis patut ditulis dengan besar dan jelas supaya dapat dilihat dengan jelas oleh orang ramai.
REHEARSAL
  • Memberi peluang kepada subjek mencuba tingkah laku selepas sesuatu arahan atau pun modeling dilakukan.
  • Rehearsal adalah komponen penting dalam behavioral skills training behavior kerana:-
    • Terapis tidak tidak pasti subjek telah mempelajari suatu tingkah laku sehingga subjek melakukannya dengan betul.
    • Memberi peluang untuk memberi peneguhan kepada tingkah laku tersebut.
    • Memberi peluang untuk menilai dan membetulkan tingkah laku tersebut.
FEEDBACK (MAKLUMBALAS)
  • Selepas rehearsal suatu tingkah laku, terapis harus memberikan maklumbalas kepada subjek.
  • Feedback melibatkan pujian atau jenis-jenis peneguh yang lain untuk tingkah laku yang betul dan pembetulan atau arahan lain bagi tingkah laku yang kurang tepat.
  • Terdapat beberapa factor yang mempengaruhi keberkesanan feedback:-
    • Harus diberikan sejurus selepas suatu tingkah laku.
    • Selalunya melibatkan pujian (peneguhan lain) bagi tingkah laku yang betul dan sekiranya kurang betul harus memuji juga beserta dengan pembetulan dan arahan bagi tingkah laku yang kurang tepat.
KAEDAH LAIN
BIMBINGAN FIZIKAL
  • Bimbingan fizikal mementingkan atau memerlukan kontak fizikal.
  • Kebanyakan sentuhan fizikal bertujuan sebagai pengajaran sesuai membentuk tingkah laku yang baru. Contohnya mengajar kanak-kanak menulis, menari, berenang dsb.
  • Bimbingan fizikal memerlukan ketekunan dan kesabaran daripada ahli terapi bagi mengajar kanak-kanak dan orang cacat atau individu yang berada di pusat fisioterapi untuk membentuk t/laku yang baru.
  • Bimbingan fizikal juga boleh dilakukan bersama kaedah fading. Contohnya mengajar kanak-kanak menulis . Contohnya diperingkat awal guru akan pegang tangan kanak-kanak dengan kuat agar kanak-kanak boleh menulis huruf A. Jika guru rasa kanak-kanak boleh menulis sendiri, pegangan itu akan dikurangkan. Keadaan ini dilakukan sehingga kanak-kanak itu dapat menulis dengan baik.
DORONGAN KEADAAN/PERSEKITARAN
  • Kaedah ini mementingkan persekitaran yang mendorong kepada sesuatu tingkah laku.
  • Contohnya di rumah - bertujuan untuk menggalakkan pembacaan di rumah. Ibu bapa boleh menyediakan satu bilik "mini library".
  • Contoh - di pasaraya semasa diadakan jualan (sale) - hiasan dalaman pasaraya tersebut akan menggalakkan kedatangan lebih ramai pelanggan.
Faktor yang membolehkan pengubahan persekitaran
  • Mengubah keadaan/persekitaran yang sedia ada keapda satu keadaan yang lebih baik dan menarik. Contohnya kalau malas membaca buku - boleh ubah persekitaran iaitu memasang lampu yang terang.
  • Boleh juga mengubah aktiviti ditempat baru. Contohnya merasa bosan membaca dalam perpustakaan - cuba membaca buku di bawah pokok berdekatan library.
  • Mengubah masa- cari masa yang sesuai, pagi, petang atau malam. Contohnya pengajaran kepada kanak-kanak -pengubahan masa kepada waktu pagi sebih sesuai supaya mereka tumpukan lebih masa kepada pengajaran. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan