Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 20 Mei 2012

PENGENALAN KEPADA MODIFIKASI TINGKAH LAKU


                                 PENGENALAN KEPADA MODIFIKASI TINGKAH LAKU
                                                                                                                                               
Definisi Tingkah laku
  • Merujuk kepada semua perkara yang dilakukan oleh seseorang – tindakbalas kepada stimulus (peristiwa dalaman atau luaran).
  • Contohnya tindakbalas kepada soalan saya- jawapan anda adalah tindak balas kepada peristiwa luaran. Apabila anda lapar dan mencari makanan, anda bertindak balas kepada peristiwa dalaman.
Tingkah Laku Luaran Dan Dalaman
  • Tingkah laku luaran (overt) – boleh dilihat/diperhatikan.
  • Dua jenis – lisan dan motor. Tingkah laku lisan melibatkan bahasa, manakala motor pula melibatkan pergerakan badan. Terdapat tingkah laku luaran yang melibatkan kedua-duanya.
  • Tingkah laku dalaman (covert) – tidak boleh dilihat/ditunjukkan. Contohnya tindakbalas selepas mendengar lagu – mengingatkan kepada sesuatu – perasaan itu tidak dapat dilihat/diperhatikan. Diukur dengan menggunakan alat-alat tertentu.
Apakah yang bukan tingkah laku
  • Deskripsi personaliti atau trait seseorang adalah bukan tingkah laku- Penerangan yang umum selalunya tidak kosisten dan disalah ertikan.
  • Hasil sesuatu tingkah laku eg. Penurunan berat badan adalah bukan tingkah laku. Fokus kepada hasil tingkah laku akan mengganggu untuk mengenalpasti tingkah laku bermasalah.
Bagaimana tingkah laku berkembang
  • Sesetengah tingkah laku adalah diwarisi, manakala sesetengah lagi berkembang selepas dilahirkan.
  • Faktor baka lebih kepada fizikal yang melahirkan beberapa tingkah laku.
  • Pembelajaran yang terhasil daripada interaksi dengan persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku individu.
Membentuk dan mengubah tingkah laku melalui pembelajaran
  • Pembelajaran – perubahan tetap dalam tingkah laku yang terhasil daripada pengalaman.
  • Terdapat beberapa proses pembelajaran yang mempengaruhi tingkah laku manusia:
    • Pelaziman klasik
    • Pelaziman operan- antecedent, behavior and consequence define behavior situations
      • Antecedents – set the occasion for the behavior
      • Behavior – is what organisms do
      • Consequence –influence the future occurance in the behavior.
    • Modeling- pembelajaran melalui pemerhatian. Juga dikenali sebagai peniruan. Cth- Bandura menyatakan tingkah laku agresif diperolehi melalui modeling. Modeling boleh :-
      • Menghasilkan tingkah laku
      • Membentuk perkara baru
      • Mempengaruhi kekerapan tindakbalas
      • Membentuk tindak balas emosi
    • Proses kognitif- kognitif adalah pemikiran dan pemikiran boleh dikategorikan dalam tingkah laku covert. Contohnya sikap kendiri yang tinggi mempunyai hubungan positif dengan kejayaan seseorang.
  • Kedua-dua pelaziman ini boleh bertindak sendiri ataupun serentak dalam membentuk tingkah laku manusia.
Definisi Modifikasi Tingkah laku
  • Modifikasi tingkah laku adalah satu pendekatan therapeutic (terapi) yang berasaskan kajian saintifik dan kognitif. Tidak terdapat definisi yang muktamad mengenai definisi modifikasi tingkah laku, namun kebanyakan terapis sependapat terdapat beberapa ciri yang perlu ada untuk mendefinisikan konsep ini.
  1. Fokus kepada tingkah laku- jangan menggunakan label kepada tingkah laku. Lebih kepada:-
    • Kekurangan tingkah laku- contohnya kurang dari segi interaksi sosial, pembelajaran dan sebagainya.
    • Kelebihan tingkah laku – contohnya suka bergaduh, takut berlebihan dan sebagainya.
  1. Penekanan kepada pengaruh pembelajaran dan persekitaran.
    • Perubahan tingkah laku adalah hasil daripada pengalaman pembelajaran. Terapis tingkah laku memberi fokus kepada proses pembelajaran- bagaimana tingkah laku diperolehi dan bagaimana untuk mengubahnya.
    • Antecedent dan consequence adalah elemen persekitaran. Mengubah antecedent dan consequence boleh mengubah tingkah laku.
    • Terdapat limitasi kepada pendekatan pembelajaran- pemahaman kepada antecedent dan consequence adalah perlu untuk memahami bahawa terdapat beberapa tingkah laku yang sukar diubah disebabkan oleh pengaruh fisiologi ataupun budaya individu.
  1. Orentasi saintifik
    • Terapi tingkah laku menggunakan teknik terapi yang telah diuji menggunakan metod saintifik.
  1. Menggunakan metod pragmatik dan aktif untuk menggubah tingkah laku.
    • Teknik terapi tingkah laku dipilih berdasarkan kepada keberkesanannya dan bukan kepada teori semata-mata.
    • Teknik modifikasi tingkah laku terbahagi kepada 2 jenis yang kadangkala saling bergantungan iaitu:-
      • Metod tingkah laku – berdasarkan kepada pemahaman ke atas pelaziman operan, klasik dan modeling.
      • Metod kognitif – berdasarkan kepada bagaimana pemikiran akan mempengaruhi tingkah laku individu.
Perkembangan modifikasi tingkah laku
Teori dan kajian:-
  • John Locke – Tabula rasa
  • Pavlov dan Thorndike – Pelaziman klasik
  • Watson – Father of behaviorism
Perkembangan
  • 1950an – diterima oleh masyarakat.
  • 1960an – Journal Of Applied Behavior analysis – bidang ini terima secara formal.
  • 1970an – berkembang dengan pesat dan telah memasukkan proses kognitif.
Aplikasi efektif Modifikasi tingkah laku
  1. Keibubapaan dan hubungan ibu bapa dan anak
    1. bed-wetting
  2. Pendidikan
    1. classroom conduct
  3. Kesihatan dan sukan
    1. enhanced athletic performance
  4. Seting pekerjaan
    1. increase productivity
    2. improve safety
  5. Diri sendiri (Pengurusan diri sendiri)
    1. learn behavioral techniques to control own behavior.
    2.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan