Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 20 Mei 2012

Token Ekonomi


Token Ekonomi
Pendekatan Token Ekonomi
  • Peneguhan positif.
  • A Token economy is a method of using a complex system consequences that is typically applied with groups of individuals for a wide range of behaviors.
  • Token economies differ from other token systems in two ways
    • Try to change the behavior of groups of people, rather than just one person.
    • Attempt to change relatively wide ranges of target behaviors.
  • Mula digunakan pada abad ke 19 ( oleh Alexander Meconochie) untuk system mata bagi banduan.
Faktor yang mempengaruhi keberkesanan Token ekonomi.
  • Kenalpasti tingkah laku sasaran.
  • Definisikan dengan jelas tingkah laku sasaran.
  • Kendalikan analisis fungsian.
  • Pengubah tingkah laku mesti berkemahiran.
  • Garisdasar mesti dilakukan dengan betul.
Cara aplikasi Token Ekonomi
  1. Pemilihan token
    • Token adalah dalam berbagai jenis/bentuk. Cth. Poker chips, stars,tandatangan.
    • Sistem point mesti dikenalpasti – berikan nilai berbeza kepada token.
    • Sistem token boleh dilakukan berbeza mengikut jenis token dan jenis tingkah laku.
    • Token mesti mudah dibawa tetapi tidak mudah dicuri ataupun di tiru.
2. Backup Reinforces and punishers
    • Both direct and indirect assessment procedures can be used to identify backup reinforces and punishers.
    • The wider the variety of reinforces, the more likely the token reinforces will maintain value.
    • Some system use response cost procedures, in which token are taken away to punish inappropriate behavior.
3. Managing the consequences
  1. A large number of backup reinforces should be in hand.
  2. Token should be carefully administered.
    • Clearly describe criteria for earning and exchanging tokens.
    • Award tokens as immediately as possible.
    • Use reinforcers such as praise along with tokens
    • Keep accurate records of behavior and consequences.
    • Provide bonuses for high-level performance.
  1. Those administering reinforcers should understand their responsibilities so they do not duplicate reinforcement or fail to reinforce assuming others will.
  2. Individuals can self-reinforce with tokens, but there must be methods in place to ensure accuracy.
  3. Several factors should be considered when determining how many tokens a behavior will earn.
    • Less pleasant activities might earn more.
    • Those with less ability might earn more.
    • Use more tokens on first few days.
    • Gradually thin schedules.
  1. Several factors should be considered when determining exchange rates.
    • Costs should relate to the number of tokens that can be earned
    • Cost in tokens might reflect to he actual cost of items.
    • High- demand items might cost more.
    • Offer lower cost for backups that have therapeutic value.
    1. Availability of exchanges for backups should take into account intellectual and cognitive abilities.
    1. Token economies can use group or individual contingencies.
    • Keep in mind the advantages and disadvantages of group contingencies.
    • Hybrid system can employ both individual and group contingencies.
4. Phasing out the program.
    • In programs that target long term change, the token system should be phased out. Several approaches can be used to ensure long-term generalization of the skills learned in the token economy.
      • Use natural reinforcers such as praise and feedback.
      • Fade the use of tokens
      • Increase the number of tokens required to buy backups.
      • Increase the delay between earning tokens and redmeeing them.
* Aplikasi – classroom, psychiatric settings, keluarga dan seting pekerjaan. 

Modifikasi tingkah laku Respondent (Covert/Dalaman)


Modifikasi tingkah laku Respondent (Covert/Dalaman)
Pavlovian Procedures
  • Pavlovian Conditioning – Any procedure by which an event comes to elicit a response by being paired with event that elicits that response.
  • Counterconditioning – the use of Pavlovian conditioning to undo the adverse effects of earlier condtioning. Two main types of counterconditioning:- Desensitization training and sensitization training.
  • Desensitization Training – Any form of counterconditioning that reduces an inappropriate negative response to an event.
  • Sensitization Training – Any form of counterconditioning that reduces an inappropriate positive response to an event.
Rules For counterconditioning
  • Define target behavior
  • Identify the stmuli to be paired
  • Pair the appropriate stimuli
  • Monitor results   
Tingkah laku yang dikawal oleh peraturan
Peraturan (Rule)
  • Peraturan adalah deskripsi (lisan atau tulis) ke atas tiga perkara yang berkaitan dengan peneguhan (A-B-C).
  • Ia adalah kenyataan dimana tingkah laku khusus akan dihargai dalam situasi tertentu. Contohnya dalam majlis rasmi, apa tingkah laku khusus.
  • Peraturan hanya difahami apabila kita meningkat dewasa. Contohnya bayi atau kanak-kanak kurang memahami peraturan berbanding dengan orang dewasa. Orang dewasa memahami sekiranya peraturan dipatuhi, mereka akan mendapat ganjaran/dendaan. Contohnya "Dilarang membuang sampah merata-rata, denda RM500 akan dikenakan sekiranya anda melanggar peraturan ini".
  • Peraturan kadangkala dapat mengenalpasti peneguh/pendenda yang berkaitan dengan sesuatu peraturan (nasihat, perintah/ ugutan).

Contingency Shaped Behavior VS Rule-Governed Behavior. (Bentuk Kontingensi VS Tingkahlaku yg dikawal peraturan.
  • Contingency Shaped Behavior (CSB) adalah tingkahlaku yang dipelajari berdasarkan pengalaman lepas. Contohnya seorang kanak-kanak mengeluarkan kata-kata kesat seperti dalam rancangan TV dan diteguhkan oleh rakan-rakannya.
  • Rule-governed behavior (RG) adalah tingkahlaku yang terbentuk akibat daripada peraturan.
  • T/laku lebih mudah diperolehi melalui RG berbanding dengan CSB.
Bila peraturan berguna
  1. Perubahan tingkah laku yg cepat diperlukan
  • Pengunaan peraturan dengan betul akan mengubah t/l dengan cepat daripada teknik seperti shaping, fading atau kepupusan. Contohnya: Peraturan kod pakaian dan rambut di UMS.
  1. Apabila kesan/akibat yg diberi utk t/laku terlaku lambat untuk peneguhan terus ke atas t/laku.
  • Contohnya ibubapa menggalakkan anak belajar 1 jam pada setiap hari, dan peneguh yg paling sesuai adalah membawa anak menonton wayang/makan pada hujung minggu, tetapi peneguh itu terlalu lama jarak waktunya, oleh itu peraturan seperti, "jika awak belajar selama 1 jam setiap hari, kami akan membawa anda menonton wayang/makan pada setiap malam sabtu" dapat meningkatkan tingkah laku bagi peneguhan yang lewat itu.
  1. Apabila tingkah laku khusus akan membawa kepada denda semerta dan berat.
  • Contohnya memfototstat/merujuk bahan rujukan tanpa memberi penghargaan kepada penulis. Semua pelajar perlu dimaklumkan peraturan seperti " menyalin daripada sumber tanpa memberi penghargaan adalah plagiat dan boleh membawa kepada hukuman akademik yang serious".
Mengapa mematuhi peraturan yg didapati kesannya lambat?
  • Walaupun peneguh yg dikenalpasti dalam peraturan lambat bagi individu, orang lain mungkin memberikan kesan yg semerta jika individu mematuhi peraturan. Contohnya peraturan sekiranya anda belajar satu jam setiap hari, kami akan membawa anda keluar makan pada sabtu malam". Ibu bapa mungkin berkata, selepas belajar pada malam isnin,"bagus, teruskan usaha anda dan awak akan dibawa keluar maka malam pada hari sabtu.
  • Individu mematuhi peraturan dan membuat kenyataan peneguhan atas diri sendiri. Sebaliknya jika gagal mengikut peraturan akan membawa denda kepada diri sendiri.
  • Interaksi respon-operan memberikan latarbelakang peneguhan dimana jika ikut peraturan secara automatik diberi peneguhan dan sekiranya gagal ikut peraturan akan didenda.
Maklumbalas (Feedback)
  • Maklumbalas adalah akibat daripada tingkahlaku yg kita sendiri membuatnya. Contohnya membuat kerja yg baik dapat komen yang baik daripada ketua.
  • Merangkumi akibat yang mengubah tingkah laku seperti peneguh dan pendenda, juga akibat yg tidak ada kesan kepada tingkah laku.
MB (+ve) - pujian, penghargaan, ucapan tahniah
MB (-ve) - kritik, tak luluskan, pembetulan, buat semula.
Keburukan dan Kebaikan MB.
Kebaikan
  • Penganalisa t/l boleh menumpukan usaha ke atas membetulkan masalah melalui maklumbalas daripada menjangkakan masalah yg tak wujud.
  • MB digunakan dengan efektif bagi mengubah t/l dalam organisasi - kebaikannya:
  1. Cara yg mudah utk ubah t/l.
  2. Penggunaan MB intensif utk memperbaiki prestasi kerja.
    • Banyak organisasi halang menggunakan insentif peneguh utk ubah t/l- strategi MB yg memberikan maklumat mengenai kualiti kerja mereka boleh digunakan.
    • Kelemahan - jika tindakbalas yg salah berlaku, ada kemungkinan t.balas itu terus berlaku.
Jenis-jenis MB
    • MB yg ditampal umum - keputusan peperiksaan, prestasi syarikat. Kebaikan - murah, kelemahan - mewujudkan perasaan malu.
    • MB individu- diberikan dalam bentuk bertulis atau lisan. Baik kerana tidak menyebarkan pencapaian individu kepada org lain.
    • MB bertulis - contohnya tugasan - guru memberi MB pada tugasan tersebut.
    • MB percakapan - seperti itu betul, awak salah.
    • MB yg diautomatikkan- melalui peralatan seperti mesin- contohnya rakaman permainan badminton seorg pemain akan diberi maklumbalas oleh jurulatih /org lain.
    • Pengawasan kendiri - prosedur dimana individu mengukur tingkah lakunya sendiri dan mempeamerkan dalam carta. Contohnya pencapaian dalam setiap semester. 

Mengurangkan Kekerapan tingkah laku yang tidak dikehendaki.


Time Out
    • Time out adalah satu teknik dimana subjek diasingkan daripada situasi yang menyebabkan tingkah laku yang tidak kehendaki berlaku.
    • Teknik ini berbeza dengan teknik pelupusan sebab prinsip teknik pelupusan tidak mengasingkan klien, tetapi setiap kali melakukan tingkah laku yang tidak dikendaki, psikologis tidak memberi apa-apa bentuk peneguhan sama ada positif atau negatif.
    • Contohnya apabila pekerja merasa bosan bekerja pada waktu petang menyebabkan prestasinya menurun, majikan boleh menukarkan jadual bekerjanya pada waktu pagi sahaja.
Beberapa kaedah yang mudah dan cepat untuk mewujudkan bentuk kawalan terhadap tingkah laku yang tidak diingini/membentuk t/laku baru.
  • Sasaran mungkin individu dan juga kepada kelompok.
  • Dikenali sebagai Behavioral Skills Training Procedures. Komponennya adalah :-
  1. Pemodelan (modeling)
  2. Arahan
  3. Rehearsal
  4. Feedback (Maklum balas)
MODELING
    • Modeling adalah satu teknik di mana terapis akan memberikan sampel ( contoh) tingkah laku kepada individu dengan harapan individu tersebut akan bertingkah laku sedemikian.
    • Teknik ini berdasarkan kepada prinsip pembelajaran melalui peniruan atau contoh. Psikologis akan menunjukkan contoh tingkah laku yang dikehendaki, kemudian klien akan melakukannya. Kejayaan klien melakukan akan diberi ganjaran.
    • Contohnya adalah dalam situasi kerja, untuk mengelakkan pekerja datang lambat ke pejabat, majikan akan datang awal dengan harapan pekerja akan mengikut tingkah laku majikan untuk datang awal.
ARAHAN
  • Arahan merupakan satu perlakuan lisan atau penulisan, dengan tujuan mengawal suatu tingkah laku yang dingini atau membentuk tingkah laku yang baru.
  • Arahan juga merupakan suatu cara tradisi yang mudah dilakukan. Contohnya seorang guru mahu semua murid dalam kelas diam - beri arahan "jangan bising".
  • Tujuan arahan berbentuk tulisan ialah supaya individu/kumpulan sasaran memahami tempat-tempat tertentu. Contohnya tempat2 yang bahaya di tulis arahan "danger".
  • Kadangkala arahan juga digunakan untuk membentuk tingkah laku yang baru seperti "berjalan perlahan-lahan".
Bagaimana arahan boleh dilakukan dengan berkesan
  • Arahan berbentuk tulisan perlulah ringkas, mudah difahami - sekiranya penggunaan tulisan panjang dan sukar difahami, ia tidak akan mencapai matlamat.
  • Biasanya hanya menggunakan beberapa patah perkataan tetapi membawa maksud yang mendalam.
  • Arahan boleh dikemukakan dalam bentuk tulisan , gambar atau lisan.
  • Arahan bertulis patut ditulis dengan besar dan jelas supaya dapat dilihat dengan jelas oleh orang ramai.
REHEARSAL
  • Memberi peluang kepada subjek mencuba tingkah laku selepas sesuatu arahan atau pun modeling dilakukan.
  • Rehearsal adalah komponen penting dalam behavioral skills training behavior kerana:-
    • Terapis tidak tidak pasti subjek telah mempelajari suatu tingkah laku sehingga subjek melakukannya dengan betul.
    • Memberi peluang untuk memberi peneguhan kepada tingkah laku tersebut.
    • Memberi peluang untuk menilai dan membetulkan tingkah laku tersebut.
FEEDBACK (MAKLUMBALAS)
  • Selepas rehearsal suatu tingkah laku, terapis harus memberikan maklumbalas kepada subjek.
  • Feedback melibatkan pujian atau jenis-jenis peneguh yang lain untuk tingkah laku yang betul dan pembetulan atau arahan lain bagi tingkah laku yang kurang tepat.
  • Terdapat beberapa factor yang mempengaruhi keberkesanan feedback:-
    • Harus diberikan sejurus selepas suatu tingkah laku.
    • Selalunya melibatkan pujian (peneguhan lain) bagi tingkah laku yang betul dan sekiranya kurang betul harus memuji juga beserta dengan pembetulan dan arahan bagi tingkah laku yang kurang tepat.
KAEDAH LAIN
BIMBINGAN FIZIKAL
  • Bimbingan fizikal mementingkan atau memerlukan kontak fizikal.
  • Kebanyakan sentuhan fizikal bertujuan sebagai pengajaran sesuai membentuk tingkah laku yang baru. Contohnya mengajar kanak-kanak menulis, menari, berenang dsb.
  • Bimbingan fizikal memerlukan ketekunan dan kesabaran daripada ahli terapi bagi mengajar kanak-kanak dan orang cacat atau individu yang berada di pusat fisioterapi untuk membentuk t/laku yang baru.
  • Bimbingan fizikal juga boleh dilakukan bersama kaedah fading. Contohnya mengajar kanak-kanak menulis . Contohnya diperingkat awal guru akan pegang tangan kanak-kanak dengan kuat agar kanak-kanak boleh menulis huruf A. Jika guru rasa kanak-kanak boleh menulis sendiri, pegangan itu akan dikurangkan. Keadaan ini dilakukan sehingga kanak-kanak itu dapat menulis dengan baik.
DORONGAN KEADAAN/PERSEKITARAN
  • Kaedah ini mementingkan persekitaran yang mendorong kepada sesuatu tingkah laku.
  • Contohnya di rumah - bertujuan untuk menggalakkan pembacaan di rumah. Ibu bapa boleh menyediakan satu bilik "mini library".
  • Contoh - di pasaraya semasa diadakan jualan (sale) - hiasan dalaman pasaraya tersebut akan menggalakkan kedatangan lebih ramai pelanggan.
Faktor yang membolehkan pengubahan persekitaran
  • Mengubah keadaan/persekitaran yang sedia ada keapda satu keadaan yang lebih baik dan menarik. Contohnya kalau malas membaca buku - boleh ubah persekitaran iaitu memasang lampu yang terang.
  • Boleh juga mengubah aktiviti ditempat baru. Contohnya merasa bosan membaca dalam perpustakaan - cuba membaca buku di bawah pokok berdekatan library.
  • Mengubah masa- cari masa yang sesuai, pagi, petang atau malam. Contohnya pengajaran kepada kanak-kanak -pengubahan masa kepada waktu pagi sebih sesuai supaya mereka tumpukan lebih masa kepada pengajaran. 

MEMBENTUK TINGKAH LAKU BARU


MEMBENTUK TINGKAH LAKU BARU
  1. Shaping/ Pembentukan
  • Merupakan kaedah yang digunakan bagi tujuan membentuk tingkah laku yang belum dilakukan oleh individu tertentu.
  • Shaping /pembentukan boleh didefinisikan sebagai pembentukan satu tingkah laku baru terhasil daripada peneguhan apabila melakukan satu tingkah laku yang hampir sama dengan tingkah laku yang dikehendaki.
  • Shaping juga dikatakan sebagai suatu tingkah laku jangkaan silih gantian yang mana apa bila suatu peringkat itu dicapai peneguhan akan diberikan sehingga individu itu mencapai tingkah laku yang diingini.
  • Contohnya ibu mengajar anak bercakap bayi menyebut "daa" "maa" – diberi peneguhan seperti cium , peluk, dsb, sehingga lah bayi tadi dapat menyebut "mommy" "daddy".
Perkara yang perlu diingat semasa menggunakan Teknik Shaping
  1. kenal pasti apakah tingkah laku yang sebenarnya yang ingin dijadikan tingkah laku dikehendaki.
  2. Apakah tingkah laku yang terawal sekali yang dilakukan oleh individu tersebut supaya peneguhan yang sesuai akan diberikan.
  3. Pemilihan tahap-tahap harus sesuai pada individu tersebut dan langkah-langkah itu tidak terlalu panjang. Kalau terlalu banyak langkah – akan dilupai oleh individu tersebut.
  4. Jangkamasa yang sesuai juga patut diberikan pada setiap langkah dan disamping itu kita juga tidak terlalu cepat dari satu tahap ke tahap seterusnya.
  • Shaping sebenarnya satu teknik yang biasa digunakan oleh kita dalam kehidupan seharian tanpa disedari. Contohnya mula belajar menari, memandu, menunggang basikal dan sebagainya.
  • Kelemahan teknik ini adalah suatu tingkah laku yang dikehendaki pada permulaannya akan menjadi satu tingkah laku yang tak dikehendaki sekiranya kita membuat kesilapan semasa menggunakan teknik ini.


2. Fading/ Pelunturan
  • Bermaksud pengurangan rangsangan secara beransur-ansur supaya gerakbalas yang berlaku akan wujud berdasarkan pengurangan rangsangan tadi.
  • Boleh digunakan secara lisan atau pun tunjuk ajar.
  • Contohnya dalam melukis bulatan
  1. Pegang tangan anak kuat-kuat (rangsangan 1)
  2. Kurangkan tekanan sehingga langkah terakhir- pegang tangan secara perlahan sehingga anak dapat melukis bulatan.
  • Pengurangan rangsangan secara lisan – Contohnya inginkan anak menyebut namanya . Mula –mula tanya siapa nama anda? Diikuti dengan jawapan seperti Ali. Ini akan diulang sehingga anak tadi dapat menyebut namanya. Oleh langkah seterusnya adalah hanya menyoal soalan sahaja iaitu siapa nama anda?
Langkah yang perlu diingat semasa menggunakan kaedah ini
  1. Perlu mengenalpasti rangsangan yang mengawal suatu tingkah laku yang diingini.
  2. Rangsangan yang digunakan hendaklah sesuai bagi individu tertentu dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada inidvidu tersebut.
  3. Memerlukan beberapa tahap yang sesuai bagi membolehkan inidvidu mencapai tingkah laku yang baru tetapi apa yang membezakan adalah peneguhan hanya akan diberikan apabila tingkah laku yang diingini itu tercapai.
Perbezaan antara Shaping dan Fading
Shaping – perubahan kepada respon tetapi rangsangan masih sama.
Fading – Perubahan kepada rangsangan tetapi respon masih sama.
3. Chaining (Perantaian)
  • Kaedah perantaian memerlukan rantaian diantara rangsangan dan gerakbalas ( S – R). Dengan kata lain suatu rangsangan itu akan mengakibatkan gerakbalas dan gerakbalas itu pula akan mewujudkan rangsangan yang berikutnya dan rangsangan itu pula akan mengakibatkan gerakbalas yang baru. Proses ini akan berulang sehingga suatu tingkah laku terminal( dikehendaki) akan dicapai.
  • Kaedah perantaian dibahagikan kepada 3 jenis
  1. Persembahan tugasan secara menyeluruh
  2. Backward chaining (perantaian kebelakang)
  3. Perantaian kehadapan
  1. Persembahan tugasan secara menyeluruh contohnya mengajar anak mengikat tali kasut. Tunjuk kesemua langkah dan selepas itu suruh anak membuat semula. Kaedah ini tidak sesuai untuk orang cacat.
  2. Menggunakan langkah terakhir dahulu dimahirkan oleh individu sebelum langkah-langkah yang sebelumnya. Memahirkan setiap langkah dari langkah terakhir.
  3. Individu akan dimahirkan dengan langkah pertama dahulu selepas itu langkah kedua sehingga mencapai tingkah laku yang dikehendaki.
Di antara ketiga-tiga kaedah perantaian ini, ii dan iii sesuai digunakan dikalangan orang biasa dan orang cacat. Manakala kaedah yang pertama hanya sesuai bagi individu yang matang/ yang lebih memahami.

MENGHAPUSKAN TINGKAH LAKU YANG TIDAK DIINGINI


Kaedah Pelenyapan/Pelupusan/ Extinction
  • Semasa penggunaan teknik ini , ia tidak melibatkan sebarang tindakan atau tingkah laku apabila wujud suatu tingkah laku yang tidak diingini didalam situasi tertentu terapis tidak akan bertindak balas (tiada tindakan oleh terapis) akibatnya tingkah laku itu tidak akan berulang.
  • Contohnya seorang kanak-kanak dalam bilik bersama ibu bapanya. Kanak-kanak akan membuat bising. Ibu bapa tidak memperdulikan tindakan kanak-kanak tersebut. Lama kelamaan tingkah laku kanak-kanak tadi akan berhenti dengan sendirinya kerana tidak diberi perhatian oleh ibu bapa.
  • Contoh situasi sekolah – terdapat pelajar yang membuat bising. Guru memberi perhatian kepada pelajar yang tidak membuat bising. Pelajar yang membuat bising akan sedar dan akan mengurangkan tingkah laku bising dan lama kelamaan akan pupus.
  • Kaedah pelupusan mudah digunakan – bukan hanya oleh pakar tetapi oleh orang biasa untuk melenyapkan/melupuskan tingkah laku yang tidak diingini.
Faktor Yang Mempengaruhi Pelupusan/Pelenyapan
  1. Sesuai digunakan dengan teknik peneguhan .
  2. Berkesan andainya mendapat kerjasama dari pihak lain . Contohnya ibu bapa, guru dan rakan sebaya.
  3. Terapis harus melihat keadaan persekitaran dimana tingkah laku ini berlaku- harus melihat kenapa terjadi tingkah laku yang tidak diingini itu.
  4. Harus mengenalpasti tingkah laku tidak diingini dan ingin ditinggalkan oleh individu tersebut.
Kegagalan disebabkan
  1. Tingkah laku yang tidak diingini itu kadangkala mendapat peneguhan daripada individu lain.
  2. Terapis juga harus melihat t/laku alternatif selepas pelupusan agar tingkah laku itu dapat diteguhkan.
Kaedah Dendaan/Hukuman
  • Dalam situasi dimana suatu tingkah laku yang tidak diingini berlaku, tindakan akan diambil serta merta akibatnya tingkah laku yang tidak diingini ini tidak akan berlaku lagi.
  • Dendaan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu;
  1. dendaan fizikal
  2. dendaan verbal
  1. dendaan fizikal – melibatkan semua jenis dendaan aversif (tindakan negatif)
  2. dendaan verbal - berleter, mengeluarkan perkataan yang memberi kesan negatif.
  • Dendaan boleh digunakan dikalangan kanak2 apabila melakukan tingkah laku tidak diingini seprti bermain api – pukul tangan.
  • Dendaan fizikal harus digunakan dengan berhati-hati kerana ia mendatangkan kesan emosi yang negatif kepada kanak-kanak.
  • Dendaan verbal pula memberi kesan negatif kepada penerima contohnya mengungkit kisah lalu.
  • Dendaan digunakan dengan cara yang lebih positif supaya penerima tidak akan menerima kesannya.
Kaedah Pembetulan Keterlaluan
  • Merupakan kaedah mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini disamping melatih tingkah laku yang tidak sesuai.
Dibahagikan kepada 3 jenis.
Pengembalian pembetulan keterlaluan
  • memerlukan individu/kumpulan individu yang melakukan tingkah laku yang tidak diingini mengubah tingkah laku tersebut serta mengembalikan pada suasana yang asal.
  • Contohnya kanak-kanak membuang sampah merata-rata, terapis akan menyuruh kanak-kanak itu mengutip sampah semula disamping itu terapis juga meminta kanak-kanak itu mengutip sampah yang lain dan menyapu sampah.
  • Bertujuan bukan hanya mengubah tingkah laku yang tidak diingini tetapi juga memberi pengajaran kepada individu tadi bahawa tingkah laku yang tidak diingini tadi ada kaitannya dengan situasi tertentu.
Amalan pembetulan keterlaluan positif
  • memerlukan individu melakukan tingkah laku yang tidak diingini dengan teratur atau melalui tahap-tahap tertentu.
  • Contohnya murid berebut2 untuk membuat barisan pada masa rehat. Tingkah laku berebut-rebut tidak disukai oleh guru. Oleh itu guru meminta murid-murid balik ke kelas dan mengulang semula tingkah laku berbaris itu dengan lebih teratur.
  • Semasa menjalankan kaedah ini terapis harus memberitahu tujuan menggunakan kaedah tersebut. Terapis juga perlu memberitahu klien tingkah laku yang tidak diingini disamping menunjukkan tingkah laku yang sesuai.
Amalan pembetulan keterlaluan secara negatif.
  • memerlukan individu atau sekumpulan individu melakukan tingkah laku yang tidak diingini itu berkali-kali sehingga menimbulkan kejemuan. Berdasarkan kaedah ini diharapkan individu akan merasa letih dan bosan melakukan sesuatu yang tidak diingini itu. Sesuai juga digunakan oleh guru dalam persekitaran sekolah dan kanak-kanak.
  • Contohnya kanak-kanak tidak duduk diam- guru menyuruh kanak-kanak tersebut duduk berdiri selama beberapa kali sehingga murid tidak membuat tingkah laku itu lagi.
  • Ianya berbeza dengan amalan positif kerana dalam amalan negatif tingkah laku yang tidak diingini itu akan diulang berkali-kali, manakala amalan positif pula mengulang tingkah laku yang diingini.
  • Amalan negatif ini tidak begitu sesuai dilakukan pada persekitaran organisasi. Tidak sesuai bagi mereka yang lebih dewasa. 

KEMAHIRAN ASAS MODIFIKASI TINGKAH LAKU


KEMAHIRAN ASAS MODIFIKASI TINGKAH LAKU
Tujuan peneguhan adalah supaya suatu tingkah laku berlaku dengan lebih kerap. Terbahagi kepada peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif
Definisi – Suatu rangsangan yang meningkatkan kekerapan berlakunya gerak balas yang terdapat selepas itu.
Peneguhan positif merupakan sesuatu yang telah berlaku dimana ianya diberi selepas sesuatu peristiwa dan akibatnya tingkah laku tersebut akan meningkat kekerapannya.
Peneguhan positif juga boleh dianggap sebagai suatu ganjaran. Dengan kata lain peneguhan positif merujuk kepada hubungan di antara tingkah laku dan akibatnya. Contohnya
 Situasi Response t/l akibatnya kesan
(stimulasi) (gerak balas) (peneguhan) (T/l erulang)
Contoh:
Situasi
Respon
Kesan semerta (akibat)
Kesan jangkapanjang
Dalam kelas – guru beri kerja sekolah
Ali membuat kerja tadi dengan baik
Guru memuji Ali dihadapan kelas
Ali selalu menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh guru.

JENIS –JENIS PENEGUHAN POSITIF
 Peneguhan positif boleh dibahagikan kepada 5 kategori
  1. Boleh dimakan (consumable) – gula-gula, biskut, buah-buahan, makanan, minuman.
  2. Aktiviti – seperti menonton tv, membaca buku cerita.
  3. Manipulasi – peluang bermain dengan barang permainan yang diminati, melukis.
  4. Pemilikan (possessional) – duduk ditempat yang disukai, memakai baju yang digemari dan memilik bilik sendiri.
  5. Sosial – ekspresi muka seperti senyum, mengangguk; pujian, sentuhan dsb.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PENEGUHAN POSITIF.
  1. memilih tingkah laku yang hendak ditingkatkan kekerapannya. Pilih tingkah laku yang spesifik bukan tingkah laku umum.
  2. Memilih peneguh yang sesuai kepada setiap individu dan situasi. Setiap individu , situasi memerlukan peneguhan yang berbeza. Contohnya kanak-kanak lebih suka makanan seperti gula-gula, biskut dsb. Pekerja lebih suka kenaikan pangkat dan gaji.
  3. Kejemuan – merujuk kepada masa dan jenis pemberian peneguh. Contohnya sering beri gula-gula, individu akan merasa jemu , oleh itu ubah kepada peneguh lain.
  4. Pemberian peneguhan mesti diberikan sertamerta sejurus selepas individu melakukan tingkahlaku.
  5. Penerangan – penerangan yang jelas bagi mendapatkan tingkah laku yang diingini hendaklah diberi dengan jelas dan tepat.


KEBURUKAN /KELEMAHAN PENEGUHAN POSITIF
  • kadangkala peneguhan positif akan meneguhkan tingkahlaku yang tidak dikehendaki.
Contohnya.
Situasi
Response
Akibat /kesan semerta
Kesan jangkapanjang
Ibu sedang bersiap-siap pergi ke kedai
Anak menangis kerana ingin mengikuti maknya ke kedai
Ibu membawa anak tadi pergi kekedai.
Pada masa akan datang anak akan menangis apabila melihat maknya bersiap hendak ke kedai.

PENEGUHAN NEGATIF 
Sering disamakan dengan denda. Namun ia berbeza dengan denda.
Peneguhan negatif bermakna menghapuskan suatu rangsangan yang aversif serta menyakitkan, ia akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya sesuatu tingkah laku. Contohnya : Ibu membebel kepada A kerana A tidak membersihkan biliknya. Untuk Mengurangkan bebelan ibunya A membersihkan biliknya.

MEMBENTUK TINGKAH LAKU YANG DIKEHENDAKI MENGGUNAKAN PELAZIMAN LEPAS DIRI (ESCAPE CONDITIONING) DAN PELAZIMAN PENGELAKAN (AVOIDANCE CONDITIONG)
  • Kebanyakan tingkah laku kita dipengaruhi pelaziman lepas diri dan pengelakan.
1. Pelaziman Lepas Diri
    • Pelaziman lepas diri adalah satu teknik dimana melepaskan diri daripada suatu rangsangan aversif.
    • Rangsangan aversif berlaku dahulu menyebabkan response akan terjadi untuk melepaskan diri daripada rangsangan aversif tersebut. 
Contohnya.

Situasi Aversif
Response Lepas Diri
Penyingkiran Situasi/Rangsangan Aversif
Kesan Jangka Panjang
Kesejukan di bilik kuliah
Memakai baju tebal untuk lepas diri dari cuaca sejuk
Tidak merasa sejuk lagi
Pada masa akan datang akan memakai baju tebal apabila berada di kuliah.
Cahaya matahari amat panas
Memakai payung untuk lepas diri dari cahaya matahari
Tidak merasa panas
Pada masa akan datang akan memakai payung apabila cahaya matahari terik.

  • PLD juga dikenali sebagai peneguhan negatif- dalam peneguhan negatif, tingkah laku diperkuatkan dengan menghilangkan/singkir rangsangan atau peristiwa aversif.
  • PLD sama seperti denda (punishment) - kedua-duanya menggunakan peristiwa aversif (yg tidak disukai) - dalam denda peristiwa aversif diberikan (eg-rotan) selepas tindakbalas, manakala dalam PLD, peristiwa aversif (eg.sejuk) disingkirkan selepas tindakbalas.
  • Kesannya berbeza - denda membawa kepada pengurangan tingkah laku (tidak buat nakal lagi), manakala dalam PLD, membawa kepada meningkatnya dalam tindakbalas sasaran (lagi kerap memakai baju sejuk)- menguatkan tindakbalas.
  • PLD berbeza daripada peneguhan positif (PP) : Perbezaan dalam prosedur
i. Dalam PLD, rangsangan aversif (rasa sejuk) wujud sebelum tindak balas dilazimkan (pakai baju sejuk), manakala dalam PP peneguh tidak wujud sebelum tindakbalas berlaku (tidak beri hadiah selagi tidak buat kerja).
ii. Dalam PLD, rangsangan disingkirkan bergantung kepada tindakbalas sasaran (bila badan rasa sejuk, dihilangkan dengan memakai baju tebal), manakala dalam PP, rangsangan diberi bergantung kepada tindakbalas (hadiah diberi bergantung kepada kerja yang dibuat) 
* Kesannya sama: kedua-dua prosedur meningkatkan tindakbalas sasaran.
  1. Pelaziman Pengelakan (PPL)
    • Pelaziman pengelakan adalah satu teknik untuk mengelakkan suatu rangsangan aversif daripada berlaku.
    • Perbezaan antara PLD dan PPL: Dlm PPL
a. rangsangan aversif (rasa sejuk) tidak wujud sebelum berlakunya tindakbalas (pakai baju tebal)
b. tindakbalas menghalang/menunda rangsangan aversif .
  • PPL biasanya ada amaran berjaga-jaga (warning signal), sedangkan PLD tidak ada.





Contoh:
Situasi
Rangsangan amaran
Tindakbalas pengelakan
Kesan
Mendapat bil elektrik
Jika tidak bayar, bekalan akan diputuskan
Bayar Bil elektrik sebelum tarikh akhir pembayaran
Akan sentiasa membayar bil lebih awal pada masa akan datang
Memandu kereta
Jika tidak memakai talipinggang kaledar akan disaman oleh JPJ
Memakai tali pinggang kaledar untuk mengelak daripada disaman oleh JPJ
Akan memakai talipinggang kaledar setiap kali memandu.

    • Perbezaan di antara Pelaziman Lepas Diri dan Pelaziman Pengelakan adalah
    • Pelaziman Lepas Diri - Rangsangan aversif telah berlaku menyebakan response lepas diri akan berlaku.
    • Pelaziman Pengelakan - Rangsangan aversif belum berlaku- Response adalah untuk mengelakkan rangsangan aversif itu daripada berlaku. 

KONSEP ASAS ANALISIS TINGKAH LAKU


KONSEP ASAS ANALISIS TINGKAH LAKU
  • Analisis tingkah laku membuat penekanan ke atas alam sekitar atau situasi. Dengan mengubah alam sekitar/situasi, tingkah laku boleh diubah.
  • Di kenali sebagai Analisis Fungsian
  • Terdapat 2 faktor utama dalam alam sekitar yang memberi kesan ke atas tingkah laku seseorang.
  1. Sebelum (Antecedents) - A
  2. Akibat (Consequences) - C



A B C
A - Sebelum
B - Tingkah Laku
C - Akibat
  • A mengerakkan /mengaktifkan B, untuk ubah A dan C, dan baru lah boleh ubah B
  • A (antecedents) - perkara yang berlaku sebelum tingkah laku seperti pertanyaan, arahan, peraturan, permintaan dan sebagainya
  • Tingkah laku (behavior) (B) - apa sahaja yang seseorang kata/ buat
  • Akibat /Consequences (C) - perkara yang berlaku selepas tingkah laku.
Contohnya diberikan peneguhan positif


A B C +


Peneguhan positif (C+) adalah peristiwa/ sesuatu yang dibuat selepas tindakbalas dilakukan dan akan meningkatkan kekerapan tingkah laku yang dilakukan seterusnya.

MENGENDALIKAN ANALISIS A-B-C
Untuk mengendalikan analisis A-B-C, perlu menanyakan 4 soalan
  1. Apakah tingkah laku seseorang itu bertindakbalas- apa yang mereka lakukan?
  2. Apakah peristiwa sebelum tingkah laku berlaku?
  3. Apakah peristiwa sebaik-baik sahaja selepas tingkah laku?
  4. Adakah tindakbalas atau akah tingkah laku itu bertambah atau berkurangan.
MODIFIKASI TINGKAH LAKU
Merupakan 1 kaedah /teknik yang boleh digunakan bagi tujuan berikut:
  • Mengatasi tingkah laku yang dianggap berlebihan.
  • Mengatasi tingkah laku yang tidak diingini langsung
  • Membentuk tingkah laku yang baru seperti bagaimana mengajar anak rajin membaca buku.
  • Mengekalkan tingkah laku yang diingini
  • Mengubahkan sesuatu yang tidak diingini.
KENAPA MENGGUNAKAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU
  • Digunakan kerana wujud tingkah laku yang kadangkalanya boleh diterima oleh individu tetapi tidak boleh diterima oleh individu lain. Kadangkala juga tingkah laku hanya sesuai pada suatu situasi tetapi tidak sesuai pada situasi lain.
PERINGKAT/TAHAP-TAHAP MENJALANKAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU
  • Perancangan- Apakah teknik yang paling sesuai untuk tingkah laku tersebut.
    • Melihat tingkah laku sebenar yang menjadi masalah.
  • Pemerhatian –Beberapa kali.
  • Untuk pastikan berapa kerap tingkah laku yang tidak dingini itu berlaku, ahli psikologi kadangkala memerlukan bantuan orang lain. Contohnya ibu bapa , guru, rakan sebaya, penyelia.
  • Tindakan seterusnya adalah menyesuaikan teknik-teknik yang sesuai bagi tingkah laku tersebut
DALAM PERANCANGAN ASAS MELIBATKAN 3 LANGKAH
  1. PERINGKAT PERTAMA - baseline/ garis dasar
  2. PERINGKAT RAWATAN – intervensi : kemahiran / teknik modifikasi tingkah laku yang difikirkan sesuai digunakan untuk mencapai tujuan garis dasar/ apakah teknik yang sesuai untuk mengubah tingkah laku tersebut.
  3. PERINGKAT PEMERHATIAN - follow up / pemerhatian semula terhadap tingkah laku yang diberi rawatan/teknik tadi.
Biasanya perancangan asas di tulis dalam bentuk
A B A
Garis dasar- rawatan- pemerhatian
GARIS DASAR
  • Seorang terapis terlebih dahulu mengenalpasti bagaimana corak tingkah laku yang diubah/ dikekalkan itu berlaku.
  • Contohnya kekerapan suatu tingkah laku itu berlaku, masa tingkah laku itu berlaku dan bagaimana keadaan sekeliling semasa tingkah laku itu berlaku.
  • Contohnya untuk mengubah tingkah laku panas baran – lihat kekerapan, bila berlaku dan keadaan sekeliling.
PERINGKAT RAWATAN/ INTERVENTION
  • Apakah intervensi yang paling sesuai bagi mengawal tingkah laku yang tidak diingini itu. / mengekalkan tingkah laku atau mengubah tingkah laku.
  • Semasa data dipungut untuk tentukan baseline –data itu mestilah dibuat dengan betul kerana data ini akan dijadikan sebagai suatu data perbandingan bagi menentukan suatu program itu berjaya atau tidak.
  • Contohnya kekerapan - 10 kali
A B A
Rawatan
  • Andainya suatu tingkah laku yang ingin diubah itu telah berjaya- terapis telah memilih teknik yang sesuai bagi tujuan tersebut.
REKABENTUK KAJIAN
Kajian single subject/intrasubject design
  1. Rekabentuk asas - ABA
  2. Rekabentuk kebalikan (ABAB)
  • Tujuannya untuk melihat keberkesanan penggunaan sesuatu rawatan /teknik dan kemungkinan juga rawatan yang lain akan digunakan pada peringkat berikutnya.


  1. Rekabentuk pelbagai garis dasar.
Meliputi 3 bahagian
  • Pelbagai garis dasar merentasi tingkah laku
  • Pelbagai garis dasar merentasi situasi
  • Pelbagai garis dasar merentasi individu
KENAPA
  • Baseline/ garis dasar melebihi daripada satu diambil berdasarkan individu yang berbeza ataupun garis dasar itu berdasarkan tingkah laku yang berbeza.
  • Manakala bagi jenis tingkah laku pula kemungkinan garis dasar itu berdasarkan lebih daripada 1 tingkah laku yang menjadi sasaran.
  1. Pelbagai garis dasar merentasi tingkah laku
  • Di bawah rekabentuk ini 1 atau lebih tingkah laku yang terlibat ke atas seorang subjek. Contohnya mengubah tingkah laku kanak-kanak itu bangun dengan baik dan bercakap dengan betul. Dengan kata lain tingkah laku sasaran ialah kanak-kanak itu bangun dengan baik dan bercakap dengan betul.
  • Berdasarkan kaedah ini, treatment (intervensi) boleh dilakukan secara serentak bagi kedua-dua tingkah laku atau secara berasingan.
2. Pelbagai garis dasar merentasi situasi
  • Di dalam rekabentuk ini, treatment/intervensi digunakan ke atas 1 tingkah laku yang berlaku dalam berbagai situasi.
3. Pelbagai garis dasar merentasi individu
  • Di dalam rekabentuk ini, 2 atau lebih daripada seorang subjek yang terlibat dalam 1 corak tingkah laku.
  • Biasanaya jika seorang terapis merasakan rekabentuk ABA dan ABAB tidak sesuai, mereka akan menggunakan rekabentuk pelbagai.
Groub –Based Research
  • Membandingkan tindak balas average kumpulan yang besar kepada beberapa keadaan yang berbeza.
  • Lebih general dan tidak menunjukkan t/laku yang tepat setiap individu dalam kumpulan tersebut. Terdapat 2 jenis:-
  • Between subject design – menilai kesan beberapa keadaan (p/ubah bebas) kepada t/laku (p/u terikat) kepada beberapa kumpulan kajian.
  • Within – subject design – menilai kesan beberapa keadaan kepada tingkah laku kumpulan kajian.
  • Quasi-experiment – sama dengan kajian experimen tetapi subjek tidak dipilih secara rawak kepada kumpulan. Di gunakan dalam seting gunaan(applied setting)
FAKTOR PENTING MENENTUKAN PERANCANGAN REKA BENTUK
  1. Pengubah tingkah laku mesti memastikan tingkah laku yang menjadi sasaran dengan tepat dan jelas dan semua tingkah laku sasaran ini hendaklah diberi penerangan dengan terperinci kenapa ia menjadi tingkah laku bermasalah dan bagaimana tingkah laku yang sesuai itu diingini.
  2. Semasa menjalankan setiap rekabentuk itu, pastikan mendapat kerjasama dari pada individu lain yang boleh membantu terapis menjalankan program dengan berjaya.
  3. Pengubah tingkah laku juga harus memastikan sama ada tingkah laku yang menjadi sasaran itu hendak dikurangkan atau ditingkatkan atau ingin membentuk suatu tingkah laku lain.
  4. Andainya terapis ingin meningkatkan tingkah laku, beliau harus memikirkan apakah kaedah2 yang sesuai yang boleh dilaksanakan berdasarkan individu dan tingkah laku sasaran.
  5. Terapis juga harus memastikan jangka masa yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku itu berubah.
  6. Terapis juga boleh memikirkan teknik2 pintas yang lebih mudah dan senang dilakukan sebelum sesuatu kaedah yang lebih sesuai dan kompleks digunakan.
  7. Sebagai seorang terapis, andainya sesuatu perancangan rekabentuk itu tidak berjaya, pertukaran kepada rekabentuk lain boleh dilakukan dengan mengambil kira jangka masa yang sesuai.